Panel application in progress with more subscriptions in future. Many thanks to all customers for your continuous support.
Sebarang pertanyaan sila tekan butang dibawah untuk hubungi kami.
Contact Klinik Dr. Hidayah
Di Klinik Dr. Hidayah, kami sentiasa menawarkan perkhidmatan kesihatan dengan harga mampu milik, bersesuaian permintaan dan mudah diakses oleh penduduk sekitar Bandar Tasik Puteri. Kami berbangga mempunyai seorang doktor wanita yang mahir, penuh ihsan, berkeperibadian lembut dan bertanggungjawab dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan dan penjagaan berkualiti tinggi mengikut keperluan masing-masing.
Klinik Dr. Hidayah membawakan gabungan unik kepakaran disertakan sikap prihatin dan memahami, khususnya dalam perawatan isu kesihatan wanita. Sama ada anda mencari penjagaan rutin atau rawatan khusus, kami sentiasa menyediakan perkhidmatan yang menitik beratkan kepentingan pelanggan secara menyeluruh.
Klinik Dr. Hidayah bercita-cita tinggi untuk menjadi salah satu pusat perkhidmatan kesihatan terbaik yang menjadi pilihan utama untuk mendapatkan rawatan perubatan dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduk Bandar Tasik Puteri dan kawasan sekitar.
MISI
Menyediakan pusat rawatan dan penjagaan kesihatan yang mudah diakses dan berpatutan kepada semua orang beserta mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan yang bermula dari diri sendiri dan pencegahan penyakit kronik. Kami percaya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, kami juga sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan kesihatan dan kemudahan yang ditawarkan.
MBBS (MAHSA) 2010-2014.
Pengalaman Bekerja:
2014-2017 : Hospital Ampang.
2017-2018 : Hospital Miri, Sarawak.
2018-2022 : KK (Klinik Kesihatan) Miri, Sarawak.
2022-2025 : Permanent Locum and Resident GP di klinik sekitar Lembah Klang.
Sila berkunjung ke klinik kami:
Alamat: M-G-97, Jalan 7A/4, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.
No. Telefon: +6016-4136700
Waktu Operasi: Ahad hingga Jumaat 8 Pagi–11 Malam, Sabtu klinik ditutup.